IJudul Buku : Beginilah seharusnya suami isteri saling mencintai
Judul Asal : Hakaza yablugh at-hubb bainahuma daliluka ila as saadah az zaujiyah
Pengarang:Fat-hi Muhammad Ath-Thahir
Mukasurat:414
Tahun/ cetakan: tiada ditulis
Penerbit:Synergy media
Harga: RM 24.75(ni saya pinjam di perpustakaan kolej komuniti Kuala trg)
Skop:
Buku ini membincangkan tentang bagaimana ingin bahagia bersama pilihan hidup, ia menerangkan peringkat2 hati apakah rindu dan cinta yang sebenar .
Ia megambarkan bagaimana adanya cinta yang palsu ,rindu yang hanya merosakkan seseorang perindu. Ia menerangkan bagaimana cinta boleh berputik dan rindu boleh menyebabkan seseorang lupa akan duniannya.
Peringkat kedua ditulis mengenai bagaimana memilih pasangan lelaki atau wanita. Ciri2 dan sifat2 yang perlu ada pada bakal pasangan. Ia juga mendatangkan beberapa hujah menguatkan bahawa bercinta selepas bernikah adalah lebih baik.
Seterusnya diceritakan pula bagaimana cinta boleh dipupuk antara suami isteri. Bagaimana menghadapi isteri dan suami anda. Serta apa yang dilarang untuk dilakukan ,ia mendatangkan hujah2 psikologi . Juga dimuatkan mengenai pemahaman yang salah mengenai perkahwinan.
Pada akhirnya diceritakan beberapa kenikmatan berkahwin yang dibahagikan kepada bbrapa bahagian. Antaranya nikmat perasaan ,fizikal dan seksual. Disini juga diterangkan mengenai tanggungjawab suami isteri dan wajib adanya kerjsama antara keduanya dan pelbagai lagi masalah cinta antara suami isteri.
Respon:
Buku ini amat sesuai bagi remaja dan bakal suami atau isteri.
Bagi remaja sebagai langkah awal mereka mengenali selok belok cinta..adakah ia benar atau sebaliknya. Dan panduan memilih pasangan.
Juga sesuai untuk yang tlh berkahwin ..bagaimana anda sepatutnya memperlakukan terhadap isteri atau suami anda dr segi psikologi dan membimbing supaya mensyukuri n8lmat yang Allah kurniakan ..serta bekal.untuk mengalas tanggungjawab yg diberikan.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment