Sunday, 31 May 2015

Badiuzaman Said Nursi

Judul Buku : Badiuzzaman said nursi
Pengarang: abd latip talib
Mukasurat:
Tahun/ cetakan: 
Penerbit:
Harga: RM 

Skop:

Said nursi adalah seorang pejuang turki yang dianugerahkan kehebatan daya ingatan yang kuat padannya.

Beliau boleh menghafal dengan hanya sekali baca sahaja .dan dapat merumuskannya. Pelbagai ilmu dapat beliau kuasai dengan membaca. Sehingga dikagumi oleh orang yang didalam bidangnya yang belajar bertahun2. Ttp beliau hanya membaca selama tempoh yang singkat shj.

Kehidupannya penuh rintangan dan tribulasi.dipenjara dan dikongkong serta dipulaukan sepanjang hidupnya. Hidupnya dihabiskan dengan menyebarkan risalahnya dan menulis, beliau juga suka mengembara .

Beliau seorang yang tegas ,dan teguh pendirian dikala pemerintah sekular mengharamkn serban .beliau masih teguh..lahirnya pemuda turki hari ini berkat kegigihan beliau.

Risalah an-nur karya beliau sentiasa menghantui pemerintah sekular kamal attartuk , tiada siapa dapat membendung kemaraannya.

Ambillah mutiara kegigihan seorang pejuang dr beliau badiuzaman said nursi.

kacaudaun

Monday, 11 May 2015

Ledakan FACEBOOK: antara dosa dan pahala

Judul Buku : Ledakan facebook:antara dosa dan pahala
Pengarang: Zaharuddin Abd Rahman
Mukasurat:170
Tahun/ cetakan: pertama ,2012
Penerbit:Pts
Harga: RM 18(saya hanya baca di perpustakaan di masjid ladang,trg)

Skop: 
Memberi pengetahuan mengenai apa hukum facebook, dan hujah2 nya,Juga diberikan panduan mengunakan facebook mengikut lunas2 agama,
Menerangkan bagaimana dosa2 boleh berlaku semasa online di fb,antaranya mengupload gambar2 tidak bertudung,kata2 yang menghampiri zina, bagi wanita bersuami dibimbangi suami anda menjadi dayus.
Diingatkan kpd facebookers supaya tidak menayangkan aib sendiri di facebook, juga diterangkan bagaimana facebook anda boleh mengMLMkan dosa anda sampai tahap tertingi.
Dikongsikan juga kaedah2 mengambil manfaat drpd facebook.dan diakhinya dicoretkn beberapa status drpd fanpage zaharuddin.net.

Respon: 
Buku ini baik dan sepatutnya dibaca oleh facebookers sekalian...kerana facebook blh jadi sumber pahala atau pemudah azab.
Wallahualam....



Beginilah seharusnya suami isteri saling mencintai

IJudul Buku : Beginilah seharusnya suami isteri saling mencintai
Judul Asal : Hakaza  yablugh at-hubb bainahuma daliluka ila as saadah az zaujiyah
Pengarang:Fat-hi Muhammad Ath-Thahir
Mukasurat:414
Tahun/ cetakan: tiada ditulis
Penerbit:Synergy media
Harga: RM 24.75(ni saya pinjam di perpustakaan kolej komuniti Kuala trg)

Skop:
Buku ini membincangkan tentang bagaimana ingin bahagia bersama pilihan hidup, ia menerangkan peringkat2 hati apakah rindu dan cinta yang sebenar .

Ia megambarkan bagaimana adanya cinta yang palsu ,rindu yang hanya merosakkan seseorang perindu. Ia menerangkan bagaimana cinta boleh berputik dan rindu boleh menyebabkan seseorang lupa akan duniannya.

Peringkat kedua ditulis mengenai bagaimana memilih pasangan lelaki atau wanita. Ciri2 dan sifat2 yang perlu ada pada bakal pasangan. Ia juga mendatangkan beberapa hujah menguatkan bahawa bercinta selepas bernikah adalah lebih baik.

Seterusnya diceritakan pula bagaimana cinta boleh dipupuk antara suami isteri. Bagaimana menghadapi isteri dan suami anda. Serta apa yang dilarang untuk dilakukan ,ia mendatangkan hujah2 psikologi . Juga dimuatkan mengenai pemahaman yang salah mengenai perkahwinan.

Pada akhirnya diceritakan beberapa kenikmatan berkahwin yang dibahagikan kepada bbrapa bahagian. Antaranya nikmat perasaan ,fizikal dan seksual. Disini juga diterangkan mengenai tanggungjawab suami isteri dan wajib adanya kerjsama antara keduanya dan pelbagai lagi masalah cinta antara suami isteri.

Respon:
Buku ini amat sesuai bagi remaja dan bakal suami atau isteri.
Bagi remaja sebagai langkah awal mereka mengenali selok belok cinta..adakah ia benar atau sebaliknya. Dan panduan memilih pasangan.
Juga sesuai untuk yang tlh berkahwin ..bagaimana anda sepatutnya memperlakukan terhadap isteri atau suami anda dr segi psikologi dan membimbing supaya mensyukuri n8lmat yang Allah kurniakan ..serta bekal.untuk mengalas tanggungjawab yg diberikan.

Wallahualam.

Friday, 8 May 2015

Siri Mawqif Ulama: Imam Abu Hanifah

Judul Buku : Imam Abu Hanifah

Pengarang:Dr Zulkifli Al Bakri

Mukasurat:71

Tahun/ cetakan: ctkn pertama/ 2013

Penerbit:Pustaka Cahaya Kasturi

Harga: RM 12

Skop:
Buku ini menceritakan secara ringkas mengenai biografi imam Abu Hanifah. Dimana lahirnya ,perjuangannya,guru2 nya dan beberapa peristiwa berkaitan.

Diantara peristiwa yang amat perlu pembaca perhatikan ialah mengenai perjuangannya yang tidak mengambil manfaat atas ilmu yang ada untuk kesenangan dunianya.sehingga beliau dipenjarakan.

Imam abu hanifah menolak jawatan qadi drpd khalifah pd masa itu kerana bimbang akan dipergunakan.dgn kata2 nya yang mahsyur "Pukulannya terhadapku hanya didunia lebih ringan daripada hukab dgn besi2 di hari akhirat, demi Allah aku tidak akan menerimanya sekalipun engkau membunuhku"

Khalifah pada.masa itu mengutip cukai drpd rakyat sedangkan mereka masih hidup mewah.
Wallahualam....

Respon:

Buku ini sesuai untuk pengenalan awal mengenai imam Abu Hanifah, bahasa mudah dan tulisan agak besar agak sesuai utk anak2.

Travelog Iman Seorang Doktor

Judul Buku : Travelog iman seorang Doktor
Pengarang:Dr khalid Abd Aziz Al Jubair
Mukasurat:111
Tahun/ cetakan: pertama,2012
Penerbit:Qalbun Saleem media
Harga: RM 13.....dpt diskaun50% di ijtima antarabangsa kali ke 3 rusila ,marang


Skop:
Dr khalid jubair seorg doktor pakar jantung menceritakan beberapa keadaan yang dialami oleh beliau semasa merawat pesakitnya.
Kebanyakan mereka mempunyai kelebihan atas sebab amalan mereka..Juga diceritakan detik2 kematuan seorang insan yang sejahtera iman dan juga sebaliknya.
Respon:
Buku ini boleh membuatkan seseorang akan berusaha menjaga amalan kebaikan dan juga memupuk sifat tawakkal kpd Allah.

Tuesday, 5 May 2015

Travelog di Lembah Sungai Dajlah dan Furat



Judul Buku : Travelog diSungai Dajlah dan Furat
Pengarang:Dr Azman Ibrahim
Mukasurat:303
Tahun/ cetakan: nov 2013 ,ctkn.pertama
Penerbit:KAMI (kumpulan aktivis media independent)
Harga: RM 25
 
Ini antara buku trevelog yang telah saya baca, buku ini membuatkan saya merasa lbh ghairah untuk membeli lbh byk buku travelog,
Bahasa yang digunakan sangat mudah  dan sangat menarik...
rasanya jika seseorang x suka membaca buku travelog elok dimulakan dengan membaca buku ini....

-Antara tajuk menarik ialah :
  •  
-buku ini dimulakan dengan pengobanan Dr.azman meninggalkan kampung halaman utk menuntut ilmu ke negeri yang asing.
-juga dimuatkan ttg kehidupan keluarganya  dikampung, serta perjalanan yang ditempuh oleh penulis.
-pertengahannya diceritakan serba sedikit konflik di iraq dan sosio politik disana.
-penulis menceritakan mengenai presidan iraq ada masa itu, saddam hussin.
- diceritakan juga mengenai guru2 penulis, dan saya amat tertarik mengenai kawan2 penulis yang pelbagai latar belakang. saya tertarik kepada rakannya dri suku kurdish....
-penulis mengambarkan keadan rakyat iraq pada masa itu, mereka lh mengambarkan peradaban arab ,
-sesekali saya merasa sayu , mengenangkan pengorbanan yg ditempuh...juga mengigatkan kepada kita bhwa walau sebaik mana masa itu kita tidak akan dapt kembali lagi ke masa lampau...
-penulis menceritakan mengenai rakan2 syiahnya yang sekuliah dengannya. juga bersama dirumah penulis.
-penulis juga menceritakan mengenai fahaman syiah.
-pembaca boleh menilai betapa kesungguhan  penuntut ilmu itu sangat diperlukan.

saya hanya lh menulis sedikit drpd buku tersebut...eloklah anda membacanya sendiri...seolah olah berada di iRAQ.....hehehe

Monday, 4 May 2015

Rindu Bau Pohon Tin


Judul Buku : Rindu Bau Pohon Tin
Pengarang: Hasrizal Abdul Jamil
-Saifulislam.com
Mukasurat: 165
Tahun/cetakan: 2004 ,cetakan ke 12
Penerbit : Galeri Ilmu
Harga: RM18,,,beli online dgn pustaka galeri ilmu poongan 50%


Sebuah buku travelog tarbiyah yang memaparkan sebuah perjalan penuntut ilmu sehingga terjadinya sukses dlm kehidupan

. Dimulakan dengan ayat dari surah attaubah ayat 22...memgingatkan bahawa perjalan menuntut ilmu itu sagtlh besar pengorbanannya..
.dibawa kisah kehidupan pelajar malaysia dijordan dan kejatuhan moral pelajar malaysia yang merosakkan imej baik pelajar malaysia...
.Ingatan kepada shabat nabi yang gugur dimedan mu'tah....
. Mencritakan kehebatan khutbah jumaat yang penuh bersemangat membangkitkan jiwa2 yang tersimpan darah jihad ...
. Meluahkan keberontakan jiwa dengan pelbagai cara dan ia lebih tulus.
.megambarkan kecekalann pelajar univesiti dan kewibawaan pensyarah dlm menyampaikan    ilmu.
.detik2 kejatuhan institusi penddikan selepas campurtangan pihak luar..juga diceritakan kehambaran khutbah jumaat stlh itu...
.tajuk terakhir dbawakan misi penulis meyampaikan ilmu...

Hari x mood nk tulis byk2.....

Wednesday, 29 April 2015

Dari Beirut Ke Jerusalem




Judul Buku :Dari Beirut Ke Jerusalem
-sebuah kisah benar
Pengarang: Dr Ang Swee Chai
Mukasurat:403
Tahun/cetakan: 2007 / cetakan pertama
Penerbit : Harakah
Harga: RM28...tp dapt separuh harga di Ijtimak Perpaduan Ummah kali ke 3 di rusila, marang



ni adalah buku travelog misi kemanusiaan dari seorang doktor kristian berketuruan cina,bernama Ang Swee Chai, bekerja sebagai sukarelawan dibawah PBSMP dan seterusnya menubuhkan MAP(perubatan utk rakyat palestin). Walaupun berlainan bangsa beliau ttp  dengan pendrian atas dasar kemanusiaan.

-Buku ini adalah buku alih bahasa drp cetakan asalnya bahasa inggeris.
-ia Mengisahkan tentang sebuah kisah benar yang mana penulis telah melaui satu pengalaman yang sangat dahysat berlaku di hadapan matanya.
-Perkara yang baru saya tahu bahawa sabra dan shatila berada di lubnan, bkn di palestin. Mereka adalah orang buangan yang lari dr penjajahan Israel dan membina penempatan sama sperti di palestin.
-penulis telah mengambil langkah ke beirut dlm misi perubatan,dlm keadaan fikirannya masih kabur dengan apa yang berlaku keatas rakyat palestin , dan masih menganggap rakyat palestin adalah pengganas!!
-penulis mengambarkan situasi perang yang berlaku dan kekalutan yang berlaku di hospital
-setelah melihat sendiri apa yang berlaku barulah fikiran penulis jelas dan beliau meneruskan misi beliau dengan merawat dan membaik pulih hospital gaza  hospital haifa .
- disana penulis dapat merasai kelembutan budi dan kecekalan rakyat palestin,juga kekaguman beliau terhadap rakyat palestin dan menceritakan rakan2nya dr pelagai negara.
-penulis sebagai doktor merasa bertanggugjawab meyebarkan maklumat ttg sabra dan shatila dan berangkat ke jerusalem melaui suruhanjaya kahan. Seterusnya penulis pulang ke britain.
-penulis kembali ke beirut pd tahun1985...dengan misi sendiri yang ditubuhkan ,MAP
-diceritakan juga tragedi kem el-brajneh pd tahun 1987.....(.fakta2 nombor sgt memeningkan saya)..serta serangan kumpalan Amal yang didokong oleh hafiz assad ,PM syiria pd masa itu.
-dari beirut ke jerusalem ialah intipati dpd kecekalah pelarian kem sabra dan shatila membangkitkan semangat kepada rakyat palestin di jerusalem, ghazzah dan seluruhnya dr penjajahan israel.
-belakunya intifadah pertama pd thun 1988 dan dikatakan penulis jika tiada sabra dan shatila tiada intifadah, setrusnya berlaku intifadah kedua pd thun 2000.
-Tragedi pembunuhan beramai2 di kem Sabra dan Shatila pd september 1982 selepas 25 tahun berlaku, ttp ratapan rakyat palestin ttp berlaku, ianya peristiwa pahit yg sgt berbekas di jiwa penulis.
-Kem Sabra dan Shatila umpama kepungan maut bagi rakyat palestin.

Sekian, sedikit keringkasan dari buku ini, walaupun tulisan saya x menarik diharap tuan2 baca sendiri slps ini....


#kubahhijau

Wednesday, 22 April 2015

Salam wahai ulat buku

Assalamualaikum, 

disini saya akan berkongsi mengenai beberapa buku yang telah saya baca, ini adalah kerana setiap apa yang saya baca tidak dapat diluahkan melaui ceramah atau sbginya....sbb saya mmg x pandai nk cakap dpn org..... 

Jadi, saya mengambil langkah ini dengan serba kekurangan kerana tidak terbiasa menulis, walaupun keyboard komputer tidak asing mana bagi saya, 

Langkah ini juga adalah supaya bahawa apa yang telah saya baca dapat saya memberi keringkasan mengenai buku tersebut...saya berharap saya dapat istiqomah melakukannya... 

Saya memulakan keringkasan buku yang bertajuk "spiritual reading" , buku ini sangat sesuai dibaca bagi setiap orang yang ingin menjadi ulat buku atau seorang biblioholic(pencinta/pentaksub buku), juga sesuai bagi pembaca yang ingin megembalikan semangat membaca.....

Buku Spiritual Reading





 Judul Buku : Spiritual Reading
Judul Asal: iqra la budda an taqra wa qiraatu minhajul hayati
Pengarang:Dr Raghib As Sirjani dan Amir Al madani
Mukasurat:183
 Tahun/ cetakan: januari 2011/cetakan pertama
 Penerbit:Alam Raya Enterprise sdn bhd
 Harga: Rm16.00 ,, dibeli di ijtima antarabangsa kali ke 3 di rusila,marang

 -Antara kandungan terdapat dlm buku ini yang menarik perhatian saya,
 • Konsep hidup bkn sekadar hobi,
         ○ Menerangkn bahawa membaca ini bkn lah suatu hobi iaya adalah suatu kewajpan
 • 10 cara menumbuhkan minat membaca
  ○ Diterangkan bagaimana membaca dengan berkesan dan menjadikan kita lebih berminat utk membaca,
• Kueh dan buku
○ Disini ia membawa satu cerita mengenai anak2 arab yang hidup dlm suasana yang berbeza, seorang meingnkan hadiah manisan sementara seoroang lagi megharapkan buku sbg hadiahnya.
 • Baca dan tulislah
 ○ Ini adalah salah satu drpd usaha yang di berikan panduan dan kisah2 ulama yang berbuat demekian, dan saya mencuba utk membuatnya.
 • Potret salaf
○ Tajuk ini mendedahkan bahawa org2 yang terdahulu, yang telah berjaya dlm pembacaan mereka, diantaranya dibawa kisah org yang gila membeli buku , seperti kisah :
    § Tidak menikah kerana sibuk beribadah dan menelaah buku
    § Melalaikan solat sunat kerana menelaah buku
    § Jika diserang megantuk ,dia memegang buku

 Dll kisah yang sangat menarik yang membuatkan anda akan merasakan sebenarnya hidup anda telah tersia2 kerana idak membaca.
Disini dibawa satu kisah mengenai orang yang sanggup menjual segalanya kerana buku,
Kisah ini disebut oleh ibn rajab dlm kitab Dzailuh thabaqat, yaki mengenai imam Abul ala hamadzani(wafat th 569H) beliau megorbankan segala harta mliknya untuk memiliki buku, pernah beliau megorbankan rumah yang dihuninya sendiri untuk membeli bukuyang dilelong dibaghdad.

sekian

#kubahhijau
#pestabuku